Connect with us

Oh! Media

‘Benarkan Pelancong Yang Sudah Terima Vaksin Untuk Pergi Ke Langkawi’ – Tun Dr Mahathir

Oh! Tidak

‘Benarkan Pelancong Yang Sudah Terima Vaksin Untuk Pergi Ke Langkawi’ – Tun Dr Mahathir

Sudah hampir setahun industri pelancongan di Langkawi nazak, Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar sesiapa sahaja yang telah menerima suntikan vaksin kedua dibenarkan untuk melancong ke Langkawi.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Tun Mahathir mengatakan yang perkara ini patut dilaksanakan bagi membantu memulihkan kembali industri pelancongan di sana. 

Sejak Covid-19 melanda negara ini, Langkawi memang menderita dan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada orang datang sehingga kedai dan hotel kosong.

Untuk membantu Langkawi, orang yang sudah kena dua kali vaksin, saya ingat mereka selamat untuk datang ke sini.

Walaubagaimanapun, penggiat pelancongan sudahpun menarik nafas lega selepas pelaksanaan PKPP yang hanya membenarkan kemasukan pelancong dalam negeri.

Pelancong dari tanah besar khususnya Kedah sudah mula masuk dengan jadual perjalanan feri kini mencecah lima trip sehari dengan setiap feri bawa 600 orang. Jadi legalah sikit peniaga-peniaga di sini.

Semoga kita semua kembali lalui kehidupan seperti sebelum ini. Ayuh sama-sama kita patuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar negara kita dapat memutuskan rantaian wabak yang sedang melanda dunia ketika ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top