Connect with us

Beli Topeng Muka Rupanya Cuma Tisu Minyak Yang Di’staple Dengan Getah!

COVID-19

Beli Topeng Muka Rupanya Cuma Tisu Minyak Yang Di’staple Dengan Getah!

Disaat rakyat Malaysia sedang bergundah-gulana dengan pelbagai dugaan hari ini, masih ada lagi manusia yang tergamak untuk menipu orang ramai dengan menjual mask buatan sendiri. Oleh kerana stok mask muka sangat susah nak dijumpai ketika ini, mungkin ini masa yang sesuai bagi si penipu mencari keuntungan dengan cara yang sangat tidak wajar.

Seorang pengguna Twitter berkongsi nasib tentang seorang pengguna yang tertipu selepas membuat pembelian topeng muka pada harga 50 sen bagi bagi setiap mask. Sangat tak disangka, mask yang dibeli hanya menggunakan tisu tebal untuk serap minyak dan di’staple dengan getah.

Menurut Eli Rahman yang berkongsi di Twitter’nya (@redrun_), beliau berpandangan perbuatan tersebut adalah gila babi punya manusia sekaligus mencerminkan amalan penjual yang tidak wajar kerana mengambil kesempatan di atas kedukaan orang lain yang memerlukan.

“Ada orang up status kat fb kena tipu seller topeng. Tisu tebal untuk serap minyak tu staple dengan getah. RM0.50 per mask. Gila babi punya manusia!”, katanya.

+ Baca respon pembaca yang bengang di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Trending

To Top