Connect with us

Oh! Media

Bekas Pemain Gitar Kumpulan Rock Ditahan Ketika ‘Lalok’ Dalam Studio

Trending

Bekas Pemain Gitar Kumpulan Rock Ditahan Ketika ‘Lalok’ Dalam Studio

Bekas pemain gitar kumpulan rock ditahan bersama adiknya semalam disebuah studio rakaman di Petaling Jaya semalam. Apa kes ini?

ADVERTISEMENT

BACA : Ratu Rock Negara Ella, Hujan, Bunkface, K-Clique Sepentas Gegarkan Hausboom Music 2019

Menurut laporan Harian Metro, kedua-dua individu yang berusia 46 dan 26 tahun itu didapati sedang ‘lalok’ pada pukul 9 malam ketika operasi dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Petaling.

Dalam operasi itu juga mendapati beberapa bungkusan ketulan mampat daun kering yang disyaki dadah jenis ganja dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua AADK Daerah Petaling Mazlinna Kassim.

Dadah seberat 343 gram itu dipercayai untuk diedarkan kepada penagih dadah di sekitar daerah ini.

Kedua-dua suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Kedua-dua mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan seorang lagi yang turut sama disitu pula didapati positif dadah jenis opiat.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas