Connect with us

Oh! Media

Bekas MB Terengganu 1974 Hingga 1999, Tan Sri Wan Mokhtar Meninggal Dunia

Oh! Negara

Bekas MB Terengganu 1974 Hingga 1999, Tan Sri Wan Mokhtar Meninggal Dunia

Sedih untuk kami maklumkan bahawa bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad telah meninggal dunia awal pagi tadi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

Wan Mokhtar yang menggalas jawatan itu sejak tahun 1974 hingga tahun 1999 menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 pagi pada usia 88 tahun.

Berita pemergiannya dimaklumkan oleh anaknya, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan menyatakan jenazah ayahnya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam selepas Zohor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam.

Wan Mokhtar terkenal sebagai tokoh politik veteran dalam UMNO dan juga merupakan seorang tokoh ulama terkenal berkelulusan Universiti Al-Azhar Mesir.

Beliau jugalah yang telah menaikkan tulisan Jawi dengan mengarahkan jabatan-jabatan kerajaan negeri untuk menggunakan tulisan Jawi di papan-papan tanda dan juga kepala surat rasmi jabatan kerajaan.

OHMEDIA: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ARWAH DAN SEMOGA ARWAH TAN SRI WAN MOKHTAR DITEMPATKAN BERSAMA ORANG BERIMAN.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas