Connect with us

Oh! Media

(Video) “Takpelah, Nanti Ada Orang Kutip”, Beginikah Sikap Masyarakat Kita?

Trending

(Video) “Takpelah, Nanti Ada Orang Kutip”, Beginikah Sikap Masyarakat Kita?

Nama je tahun 2020, tapi masih wujud lagi perangai manusia yang terkebelakang dan pemikiran yang mundur. Macam satu video yang viral di Twitter ini, nampak sangat masih ada orang Malaysia yang kurang common sense.

ADVERTISEMENT

Dalam video tersebut memaparkan seorang remaja yang sedang record seorang wanita yang leka tuang air ke dalam bonet keretanya. Mungkin sebab temperature ke, atau isi air wiper ke. Yang penting, dia guna beberapa botol air mineral kecil sebagai sumber.

Yang jadi isu sekarang, lepas habis air dalam satu botol air mineral, wanita ni boleh selamba campak botol kosong tersebut atas jalan. Bukan satu, bukan dua, tapi empat botol terus! Tiada rasa bersalah langsung!

Ingatkan dia nak kutip lepas settle semua. Tup tup terus tutup bonet, masuk kereta dan chaw terus. Bukannya remaja yang record tu tak tegur, tapi wanita tersebut yang buat tak endah serta bagi alasan yang buat kita semua jadi bengang!

“Kak, botol tu buanglah dalam kereta kak.”
“Takpelah, nanti ada orang kutip.” – antara perbualan mereka berdua dalam video.

Alahai, manusia. Rata-rata netizen yang tengok video tersebut pun memang rasa tak puas hati. Apa yang dia buat memang tak patut langsung. Tiada rasa bersalah pula, memang elok sangat perangai. Tapi kalau ikutkan, bukannya baru terjadi hal begini, dah banyak kali juga berlaku.

Bahkan menurut laporan Harian Metro, rangka motor pun DBKL jumpa dalam longkang ketika buat kerja pembersihan selepas banjir kilat melanda ibu kota. Hm, tak peliklah kalau asyik banjir sebab sampah-sampah yang dibuang merata pun boleh jadi punca tau. Even sampah yang kecil pun boleh jadi besar kalau dikumpul sekali banyak.

Ohmedia harap pada yang membaca, janganlah buat hal yang sama. Banyak lagi inisiatif lain yang korang boleh buat. Nak kutip bukannya berat pun. Kalau malas sangat, prepare satu plastik sampah dalam kereta. Bukannya susah. Yang penting, kena ada rasa tanggungjawab dalam diri.

Kredit: Twitter Oh! Media, Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas