Connect with us

Oh! Media

Bebas Atau Bela Diri? Zahid Hamidi Bakal Ketahui Keputusan Kes Rasuah Hari Ini

Oh! Tidak

Bebas Atau Bela Diri? Zahid Hamidi Bakal Ketahui Keputusan Kes Rasuah Hari Ini

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal mengetahui sama ada beliau akan diminta untuk membela diri atau dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah yang dihadapinya hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Nasib Rosmah Mansor Dijangka Diketahui Hari Ini

Memetik laporan daripada Berita Harian, beliau yang juga merupakan Presiden UMNO berdepan dengan 33 tuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN) mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Keputusan akhir akan dibuat Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa selepas selesai mendengar keterangan daripada 18 saksi dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung selama 33 hari bermula pada 24 Mei tahun lalu.

Sekiranya didapati bersalah, Ahmad Zahid boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Manakala bagi tujuh pertuduhan lain, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan dirinya wang tunai bernilai SG$1.15 juta, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.

Jika mahkamah memutuskan bahawa kes prima facie berjaya diwujudkan oleh pendakwaan, mahkamah akan mengarahkan Presiden UMNO itu untuk membela diri terhadap tuduhan tersebut dan jika sebaliknya, Ahmad Zahid akan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas