Connect with us

Oh! Media

Bayi 9 Bulan Diliwat Sebelum Dibunuh Oleh Suami Pengasuh

Oh! Tidak

Bayi 9 Bulan Diliwat Sebelum Dibunuh Oleh Suami Pengasuh

Baru sahaja melihat dunia, bayi suci ini terpaksa melalui detik hitam dek manusia kejam yang tidak berperikemanusian.

ADVERTISEMENT

Hari ini, polis telah mengesahkan bayi lelaki yang berusia sembilan bulan ini bukan sahaja dibunuh malah diliwat suami kepada pengasuh di sebuah rumah di Kelana Jaya, di sini pada 27 April lalu.

Menyingkap insiden kejadian, mangsa dikatakan berada dalam bilik tidur bersama suspek lelaki manakala suspek wanita yang merupakan pengasuh sedang menyapu di luar kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis turut menerima laporan kejadian itu pada 28 April daripada seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh.

Pegawai berkenaan memaklumkan telah menerima pesakit (mangsa) yang berusia sembilan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa suspek yang mengaku sebagai pengasuh

Bayi
Gambar Hiasan

Lebih mendukacitakan, bayi tersebut telah meninggal dunia dan terdapat kesan pendarahan dan kecederaan di bahagian dubur ketika di Hospital.

Bertindak atas maklumat dan hasil risikan, pada 29 April sekitar pukul 8 malam, sepasukan polis dari Balai Polis Kelana Jaya dan Cawangan D9 telah memberkas pasangan suami isteri yang berusia 36 tahun itu di sebuah rumah di kawasan Kelana Jaya.

Jabatan Forensik ketika melakukan siasatan telah merampas pelbagai barangan yang disyaki telah digunakan dalam kejadian itu, antaranya dua lampin pakai buang, seluar, karpet dan peralatan seks yang dibungkus dalam baju

Hasil bedah siasat terhadap bayi tersebut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut disyaki ditekup menggunakan tangan dan beberapa kesan koyakan di bahagian dubur disyaki akibat kemasukan benda tumpul. 

Tambah beliau, kematian bayi berkenaan berpunca apabila mulutnya ditekup sehingga berlaku kesesakan nafas dan menyebabkan kematian.

Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis syabu

Menurut laporan, suspek lelaki mempunyai dua rekod berkaitan dadah dan kedua-duanya direman selama 13 hari bermula 30 April lalu sehingga esok.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sungguh kejam! syurga tempatmu wahai anak kecil…

Kredit : Kosmo Online

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media. Berkongsi mengenai isu viral dan info terkini

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top