Connect with us

Oh! Media

Bayi 9 Bulan Dilarikan Cucu Pengasuh, Ibu Dedah Anak Dijumpai Dalam Van Putih Nak Ke Sempadan

Oh! Tidak

Bayi 9 Bulan Dilarikan Cucu Pengasuh, Ibu Dedah Anak Dijumpai Dalam Van Putih Nak Ke Sempadan

Luluh hati seorang ibu apabila mendapat tahu bayi 9 bulan yang dalam jagaan pengasuh hilang dilarikan oleh cucu pengasuh itu sendiri. Memetik laporan Malaysia Gazette, ketika bayi diambil cucunya, pengasuh warga emas itu sedang solat.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Lelaki Pelawa Hantar Pulang, Murid Sekolah Terselamat Dari Jadi Mangsa Culik

Menurut ibu yang dikenali sebagai Farisha Amirah, dia mendapat tahu anaknya Noor Raisya Mohamad Rahimi hilang lebih kurang jam 5.30 sebaik pulang dari tempat kerja mahu mengambil anak.

Jantung macam nak luruh bila diberitahu anak saya dilarikan sekumpulan individu tapi kini saya bersyukur kerana bukan sahaja dia selamat malah polis turut berjaya mengesan suspek yang terlibat.

Jelasnya lagi, dia dan suami segera membuat laporan polis dan sehingga jam 9 malam dia masih berurusan di balai.

Sejam kemudian, mereka dimaklumkan suspek sudah berjaya dikesan namun bayi tiada bersama mereka.

Syukur sangat selepas 10 minit kami dapat panggilan mengatakan anak saya ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.

Menurut si ibu, jika polis lambat mengesan suspek, anaknya mungkin menjadi mangsa jualan sindiket. Katanya, anak ditemui dalam sebuah van yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan negara jiran melalui negeri di Pantai Timur.

Kredit: Malaysia Gazette | IG schaaazainal_ | FB Farisha Amirah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas