Connect with us

Oh! Media

Bayi 14 Bulan Meninggal Dunia, Didakwa Terjatuh Katil Di Rumah Pengasuh

Trending

Bayi 14 Bulan Meninggal Dunia, Didakwa Terjatuh Katil Di Rumah Pengasuh

Di Dungun, Terengganu, seorang bayi lelaki berusia 14 bulan meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dan retak kepala dipercayai akibat terjatuh dari katil di rumah pengasuh.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Berita Harian, bayi berkenaan dihantar bapa ke rumah pengasuhnya pada jam 10.15 pagi sebelum bergerak ke kedai makan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sekadar gambar hiasan

Pada jam 10 malam tadi, mangsa disahkan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak di HSNZ.

Pemeriksaan terhadap badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan fizikal namun pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (Ct Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di belakang kepala.

Hasil soal siasat, pengasuh wanita berusia 24 tahun memaklumkan mangsa terjatuh secara terlentang dari katil dengan kepalanya terhentak di lantai ketika bermain.

Tambahnya lagi, pada mulanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 tetapi kini disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat. Pihaknya juga akan menahan suspek untuk membantu siasatan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas