Connect with us

Oh! Media

Bawa Pisau Ganggu Jemaah Lain, Seorang Lelaki Ditahan Bukan Kerana Langgar SOP

Trending

Bawa Pisau Ganggu Jemaah Lain, Seorang Lelaki Ditahan Bukan Kerana Langgar SOP

Pihak polis meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan berita yang palsu berkaitan penahanan seorang lelaki di Masjid At-Taqwa, Gelugor, semalam.

ADVERTISEMENT

Perkara ini terjadi susulan sebuah rakaman video mengenai penahanan ini tular di media sosial yang mendakwa lelaki tersebut ditahan hanya kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, menerusi pemerhatian di media sosial, terdapat maklum balas warganet yang mendakwa lelaki terbabit ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut atas kesalahan melanggar SOP di masjid.

“Ia tidak benar kerana lelaki berusia 35 tahun itu ditahan berikutan mengganggu jemaah menunaikan solat selain membawa sebilah pisau.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak menyebar dan menularkan kenyataan yang tidak benar mengenai kes ini,” katanya di sini, semalam.

Sebelum itu, lelaki yang memakai baju melayu yang berwarna hijau itu dilaporkan berlegar di dalam masjid dengan memegang sebilah pisau sehingga menyebabkan ketidakselesaan jemaah-jemaah lain.

Hasil pemeriksaan awal pihak polis mendapati, di dalam beg sandang suspek terdapat sebilah pisau berukuran 13 sentimeter.

Suspek yang ditahan sudah direman selama tiga hari sehingga esok (24 Mei) dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas