Connect with us

Oh! Media

Baru Seminggu Kenal, Dah Berani Bawa Pulang ‘Awek’ Ke Rumah Sewa

Trending

Baru Seminggu Kenal, Dah Berani Bawa Pulang ‘Awek’ Ke Rumah Sewa

Sanggup merentas diri menggunakan laluan tikus, seorang lelaki berusia 22 tahun dicekup bersama remaja perempuan berusia 17 tahun selepas disyaki berkhalwat. Memetik laporan Harian Metro, mereka dipercayai baru seminggu berkenalan melalui media sosial namun si lelaki sudah berani membawa pulang pasangan ke rumah sewa.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Kantoi Sorok Bawah Katil Rumah Janda, ‘Cuak’ Ditangkap Khalwat

Menurut laporan lagi, lelaki yang bekerja di sebuah kilang ayam di Kulim mengambil remaja berkenaan di Juru, Pulau Pinang sebelum membawanya pulang ke rumah sewa di Kampung Pondok Labu, Kulim Kedah.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) jam 1.05 pagi selepas menerima maklumat mengenai kegiatan maksiat di rumah itu.

khalwat rumah sewa
Foto:  Ihsan PADK/Harian Metro

Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Haizan Hamzah memaklumkan, mereka dipercayai berkenalan menerusi WhatsApp sejak seminggu lalu. Ketika serbuan, remaja perempuan ditemui bersembunyi tanpa baju dalam bilik air.

Hasil pemeriksaan mendapati, mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.

Ketika serbuan dilakukan, hanya mereka berdua dalam rumah berkenaan dan disyaki melakukan maksiat

Tambahnya lagi, laporan polis mengenai tangkapan sudah dibuat di balai polis berhampiran dan mereka diambil keterangan untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas