Connect with us

Oh! Media

Baru Sebulan Dijaga Pengasuh, Seorang Bayi Berusia 4 Bulan Meninggal Dunia

Oh! Tidak

Baru Sebulan Dijaga Pengasuh, Seorang Bayi Berusia 4 Bulan Meninggal Dunia

Sejak akhir-akhir ini, ibu bapa sering mendapatkan khidmat pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka oleh kerana terlalu sibuk menguruskan hal kerja.

ADVERTISEMENT

BACA: Baru Pertama Kali Dihantar Kepada Pengasuh, Bayi Lebam Di Anggota Badan

Namun, kita juga sering mendengar berita kematian kanak-kanak yang meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan orang lain sehingga membimbangkan ramai pihak terutama sekali para ibu bapa.

Baru sebulan dihantar ke pangasuh, seorang bayi disahkan meninggal dunia

Bagaimanapun, nasib yang sama turut menimpa seorang bayi perempuan berusia empat bulan apabila ditemui lemah ketika berada di bawah jagaan pengasuh.

Bayi tersebut yang bernama Luna Aralyn Amar Ridhwan yang baru sebulan dihantar ke rumah pengasuhnya disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, kejadian dikatakan berlaku pada pukul 4.40 petang yang mana ibu mangsa menerima panggilan telefon daripada pengasuh.

Asisten Komisioner Nanda Maarof

Ibu bayi berkenaan, Lilis Handayani Sukran yang ketika itu berada di tempat kerja dimaklumkan bahawa bayinya dalam keadaan sangat lemah dan berwajah pucat.

Pengasuh tersebut juga turut meminta agar segera datang ke kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, dan seketika tiba, dia mendapati anaknya tidak menunjukkan sebarang tindak balas ketika dikejutkan.

Dia kemudian menghantar bayinya ke HTJ untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.

Ibu luah rasa sedih akan pemergian anak tunggalnya

Ibu bayi berkenaan, Lilis Handayani Sukran turut meluahkan rasa sedih melihat pemergian anaknya yang baru dilahirkan pada Julai lalu itu.

Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.

Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh.

Sementara itu, bapa saudara kepada bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non menyatakan punca kematian anak buahnya masih belum dikenal pasti dan masih menunggu keputusan hasil bedah siasat.

Mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Felda Lui Muda, Jempol untuk dikebumikan.

Bagaimanapun, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol selepas solat Zuhur hari ini.

Dalam kesempatan ini, kami dari pihak Oh! Media ingin mengucapkan takziah kepada ibu mangsa dan berharap dia tabah dalam menghadapi ujian ini. Amin.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas