Connect with us

Oh! Tidak

Baru Lepas Bersalin Czer, Ibu Mentua Sewa Kren Untuk Menantu Naik Rumah Tingkat 7

Di Shenyang, Liaoning seorang wanita sanggup menyewa sebuah kren untuk menantunya yang baru lepas melahirkan.

Menurut laporan dari 163.com, wanita itu mengupah kren untuk membawa menantunya yang baru bersalin naik ke rumah mereka di tingkat 7. Difahamkan, bangunan di rumah mereka tidak mempunyai lif.

IKLAN

Bimbang tentang pergerakan menantunya yang melakukan pembedahan secara czer, wanita yang dikenali sebagai Puan Wang itu membayar 200 yuan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Puan Wang berkata, dia sudah merancang sejak awal lagi bagaimana untuk membawa menantunya naik ke rumah selepas bersalin.

Luka besar, susah untuk berjalan, jadi saya mencari kenderaan ini.

Keluarga menantu berada di luar bandar dan jauh.

Walaupun bukan anak kandungnya, tetapi Puan Wang telah menganggap menantunya itu seperti anak sendiri.

Pemilik kren tersebut memberitahu sejak dia bekerja, ini adalah kali pertama dia mendapat penyewaan begini.

Jap!


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas