Connect with us

Oh! Media

Baru Berusia 11 Tahun Dah Mengandung, Tangga Flat Menjadi Tempat Lakukan Hubungan Seks

Trending

Baru Berusia 11 Tahun Dah Mengandung, Tangga Flat Menjadi Tempat Lakukan Hubungan Seks

Seorang kanak-kanak perempuan yang baru saja berusia 11 tahun telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki sebanyak 15 kali. Perkara terkutuk itu dilakukan kedua-dua mereka yang merupakan warga Myanmar di tangga sebuah rumah flat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Boleh pula terlepas sampai 15 kali tanpa kantoi ya?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, ibu kepada kanak-kanak perempuan itu membawa mangsa pergi ke klinik pada 1 Disember lalu selepas mendapat tahu perkara ini. Setelah anaknya disahkan mengandung pula, ibu mangsa terus pergi membuat laporan di Balai Polis Jinjang baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata yang kanak-kanak perempuan itu mendakwa yang dirinya mula melakukan hubungan seks bersama suspek pada bulan Mac lalu sebanyak 15 kali bersama suspek yang baru saja berusia 14 tahun. 

Selepas itu mangsa tidak bertemu dengan suspek lagi sebelum ibunya yang membawa dia ke klinik mendapati mangsa mengandung.

Buat masa ini, suspek masih belum dijumpai lagi dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Diharapkan agar kesemua ibubapa di negara kita, tak kira bangsa sentiasa memantau anak-anak agar mereka tidak membuag perkara-perkara yang tidak diingini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca budak 11 tahun mengandung di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas