Connect with us

Oh! Media

Baru 12 Hari Bersalin, Isteri Mengaku Anak Bukan ‘Benih’ Suami Tapi..

Trending

Baru 12 Hari Bersalin, Isteri Mengaku Anak Bukan ‘Benih’ Suami Tapi..

Tidak dapat dibayangkan perasaan si suami apabila mendapat tahu zuriat yang baru sahaja dilahirkan isteri bukanlah anaknya. Lebih menyedihkan apabila isteri mengaku anak tersebut hasil hubungan terlarang dengan adik ipar iaitu adik kandung suami sendiri.

ADVERTISEMENT

Bercerita dengan lebih lanjut, peguam, Nur Fatihah Azzahra menerusi perkongsian di Facebook berkata si suami menghubunginya untuk bertanyakan hukum Li’an di mahkamah syariah.

Difahamkan, pasangan suami isteri ini tinggal sebumbung dengan ipar untuk mengurangkan kos sewa rumah. Hubungan terlarang berlaku atas dasar suka sama suka ketika suami terkandas di Perak sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang tempoh itu, isteri tinggal bersama ipar dan birasnya.

Semasa ketiadaan suami dan biras, mereka melakukan hubungan sehingga akhirnya mengandung. Si isteri dikatakan menghubungi suami pulang untuk menutup kehamilan.

Namun, selepas anak lahir, si isteri mula menyesal dan mengakui dosa yang telah dilakukan. Suami yang berada di Perak separuh gila memikirkan anak yang tidak pernah diraguinya itu.

Di akhir hantaran, peguam syarie ini menasihati wanita supaya menjaga maruah diri dan perbanyakkan ilmu agama untuk menghindari kelalaian. Tambahnya, kisah ini dikongsikan dengan izin suami untuk dijadikan sebagai iktibar.

Kredit: Nur Fatihah Azzahra

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas