Connect with us

Oh! Media

Bapa Tergamak Untuk Menikam Bayi Yang Berusia 18 Bulan, Menangis Teresak-Esak Sebelum Dipenjara 10 Tahun

Trending

Bapa Tergamak Untuk Menikam Bayi Yang Berusia 18 Bulan, Menangis Teresak-Esak Sebelum Dipenjara 10 Tahun

Siapa je yang tak sayangkan anak, betul tak? Namapun anak sendiri, mesti kita akan jaga dengan penuh kasih sayang dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada anak kita. Tapi ada seorang lelaki ni tergamak untuk menikam anak perempuannya. Allahu! Bayi tersebut baru je berusia 18 bulan.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, lelaki tersebut telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini selepas suspek mengaku bersalah diatas pertuduhan tersebut.

Suspek pada awalnya cuma mendiamkan diri semasa dibawa masuk ke dalam kandang. Tapi lepas je polis mahkamah tunjukkan gambar anaknya untuk tujuan pengecaman, suspek terus menangis teresak-esak dan mengakui bahawa didalam gambar itu adalah anaknya.

Suspek yang dikatakan cuba membunuh anaknya dengan menikam perut di sebuah Flat Puchong Permai itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas