Connect with us

Oh! Media

Bapa Pelakon Wanita Didakwa Takutkan Lelaki Guna Pistol?

Oh! Tidak

Bapa Pelakon Wanita Didakwa Takutkan Lelaki Guna Pistol?

Bapa kepada seorang pelakon wanita didakwa melakukan perbuatan menakutkan dengan menggunakan pistol terhadap seorang lelaki minggu lalu. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Suami Pelakon Panas Baran Dan Kaki Mabuk Ditahan Polis?

Menurut laporan Harian Metro, kertas pertuduhan telahpun dibacakan di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini dan tertuduh iaitu Harizal Hashim, 49 bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Kejadian berlaku pada 2 November lalu dimana bapa kepada pelakon wanita, Nynaa mengacukan pistol kepada seorang lelaki di tepi Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada pukul 1.40 pagi.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Harizal yang juga merupakan bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat rayuan atas alasan perkhidmatan selama 25 tahun dalam TUDM cemerlang.

Kemudian, mahkamah telah menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Disember depan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas