Connect with us

Oh! Media

Bapa Gendong Anak Dengan Kain Pelikat, Naik Motor Pulang Ke KL Dari Perak

Trending

Bapa Gendong Anak Dengan Kain Pelikat, Naik Motor Pulang Ke KL Dari Perak

Tindakan seorang penunggang motosikal menggendong anak dengan ikatan kain pelikat di bahagian pinggangnya telah mendapat perhatian anggota penguatkuasa.

ADVERTISEMENT

BACA: Mangsa Banjir Terpaksa Mengemis Sambil Kendong Anak, Demi Sesuap Nasi

Dalam satu hantaran di Facebook, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM berkata, pihaknya berjumpa dengan dua beranak itu semasa anggota membuat penugasan sekitar jam 4 petang di KM 435.1 arah selatan 7 Mei lalu.

Melihat situasi tersebut, mereka telah berhenti dan bertanyakan apa yang boleh dibantu dan semakan mendapati kanak-kanak lelaki yang dikendong itu adalah anak kandungnya berumur 9 tahun.

Dilaporkan penunggang motosikal dan anaknya itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menyambut perayaan Aidilfitri di Batu Gajah, Perak.

Di atas faktor keselamatan, Pegawai Turus Lebuhraya Zon Tengah A bertindak menghantar kanak-kanak lelaki itu ke kediaman mereka di Flat Selayang, Jalan Chow Kit 4, Kuala Lumpur sambil diiringi bapa yang menunggang motosikal.

Terima kasih abang polis bantu!

Kredit: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas