Connect with us

Oh! Media

Bapa Durjana Rogol Anak Perempuan, Paksa Anak Lelaki Cabul Ibu Sendiri

Oh! Tidak

Bapa Durjana Rogol Anak Perempuan, Paksa Anak Lelaki Cabul Ibu Sendiri

Di Singapura, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 29 tahun dan 24 sebatan selepas didapati bersalah rogol anak kandung sendiri. Dia juga didapati memaksa anak lelakinya yang masih remaja memperkosa ibu yang sedang mabuk.

ADVERTISEMENT

BACA: Bapa Tergamak Rogol Anak Kandung Ketika Isteri Keluar Bekerja

Tertuduh telah merogol anak perempuannya selama enam tahun, iaitu sejak mangsa berusia sembilan tahun.

Memetik laporan Utusan, tertuduh mengaku bersalah di atas tiga pertuduhan iaitu merogol, serangan seksual dan bersubahat menghasut anak untuk merogol.

Dilaporkan, pada tahun 2015, ketika tertuduh tinggal berdua bersama anak perempuannya di rumah, dia telah menyuruh mangsa membasuh kemaluannya.

rogol anak
Sekadar gambar hiasan

Mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun memahami maksud sebenar bapa yang mahu melakukan hubungan seks kerana mangsa pernah dicabul semasa darjah tiga.

Mangsa dipercayai hanya menurut permintaan bapa kerana berasa sangat takut.

Dua tahun kemudian, ketika mangsa berusia 13 tahun, tertuduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu. Tertuduh waktu itu dipercayai sedang mabuk.

Mangsa ada menceritakan kejadian kepada abangnya namun mereka tidak membuat sebarang tindakan kerana takut dipukul. Malah, mangsa juga tidak berterus terang dengan ibu kerana bimbang pergaduhan akan tercetus.

Lebih menjijikkan apabila tertuduh memaksa anak lelakinya memperkosa ibu sendiri ketika wanita itu tertidur kerana mabuk. Anak lelakinya terpaksa menurut selepas dibelasah dan ditengking bapa.

Pada tahun 2019, tertuduh akhirnya ditangkap selepas mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian.

Kredit: Utusan | sindonews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top