Connect with us

Oh! Media

Bapa Dan Anak Antara 3 Didakwa Membunuh Di Warung, Seorang Tertuduh Hidap Tekanan Perasaan?

bunuh

Trending

Bapa Dan Anak Antara 3 Didakwa Membunuh Di Warung, Seorang Tertuduh Hidap Tekanan Perasaan?

Sebelum ini tersebar gambar serta video menunjukkan kejadian pergaduhan di sebuah warung di Flat Ashby, Jalan Asman Shah, Sungai Senam Ipoh. Dalam kejadian itu, seorang terbunuh apabila dicekik dari arah belakang. Punca pergaduhan pula dikatakan berpunca dari suspek menuduh mangsa mencuri pembesar suara milik mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Dituduh Curi Speaker Jadi Punca Lelaki Dicekik Sampai Mati Ketika Sedang Minum Di Warung

Terbaru, tiga individu termasuk dua beranak telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan membunuh. Tertuduh dikenali Ramli Lot, 60 bersama anaknya Ismail Rizwan Ramli dan seorang lagi lelaki Mohd Fuzi Manaf, 47. Pertuduhan dibaca dihadapan mereka oleh Majistret Nor Azrin Liyana Mohamad Darus.

Pengakuan dari tertuduh tidak direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Berdasarkan pertuduhan, mereka bertiga telah membunuh Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin pada 9.05 hingga 11.05 pagi, 25 November 2021.

Tertuduh Ramli hidap tekanan perasaan?

Pendakwaan untuk kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmip. Ketiga-tiga tertuduh pula diwakili peguam, Mohd Hakim Hamran.

Tertuduh, Ramli dimaklumkan peguam pernah didiagnosis menghidap tekanan perasaan dan masalah emosi serta pernah melalu pembedahan membuang tumor di kepala pada tahun 2013. Ramli juga sepatutnya perlu hadir melakukan imbasan Pengimejan Resonans Mahnetik di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 27 Disember ini.

Disebabkan itu, pihak pendakwaan memohon agar tertuduh yang sudah tua itu dirujuk di Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk pemerhatian kesihatan mental.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh untuk menjalani penilaian kesihatan mental dan menetapkan tarikh 3 Januari tahun depan bagi sebutan semula kes.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas