Connect with us

Oh! Media

Banyak Sangat Ke Duit? Denda RM50,000 Jika Bersalah Kongsi Maklumat Siasatan Kes Zayn Rayyan

zayn rayyan

Oh! Tidak

Banyak Sangat Ke Duit? Denda RM50,000 Jika Bersalah Kongsi Maklumat Siasatan Kes Zayn Rayyan

Sebelum ini tersebar dakwaan maklumat siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan sehingga habis kecoh satu Malaysia dibuatnya. Disebabkan itu, pihak polis telah meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melakukan tindakan segera. 

ADVERTISEMENT

Hari ini, MCMC memaklumkan telah mengenal pasti beberapa laman sosial yang memaparkan dakwaan maklumat siasatan yang dibocorkan berkaitan kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abd Matiin kepada umum.

Dalam satu kenyataan media, MCMC memaklumkan telah mengemukakan permohonan kepada pengendali platform media sosial termasuk TikTok dan Telegram untuk menurunkan kandungan terbabit.

Penyebaran dakwan maklumat siasatan kes tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menggangu perbicaraan kes.

MCMC memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu.

Pihak MCMC juga menasihati orang ramai yang telah berkongsi maklumat ini untuk memadam segera perkongsian terbabit. Jika didapati bersalah, boleh didenda tidak lebih RM50,000.

Berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu boleh menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya serta denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan tersebut diteruskan selepas pensabitan.

Jadi korang ada RM50,000 tak? Kalau tak ada jangan seronok sangat komen dan berkongsi bahan-bahan siasatan yang belum tentu kesahihannya. Tak ada satu habuk pun akan menguntungkan korang. 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas