Connect with us

Oh! Media

Banyak Duit Keluar Masuk Akaun Syarikat Berani & Jujur Trading Tanpa Aktiviti Perniagaan

Trending

Banyak Duit Keluar Masuk Akaun Syarikat Berani & Jujur Trading Tanpa Aktiviti Perniagaan

Jika seseorang itu mengatakan dia berniaga, pastinya ada perkhidmatan atau barang yang dijual kepada pembeli tapi lain pula ceritanya tentang bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

ADVERTISEMENT

Ini apabila pihak Mahkamah Tinggi semalam telah memaklumkan terdapat pengeluaran dan kemasukan jumlah wang yang banyak di dalam akaun sebuah syarikat milik Zahid walaupun tidak berlaku sebarang aktiviti perniagaan.

Syarikat Berani & Jujur Trading itu kini sedang disiasat dan hanya berdaftar di sebuah unit apartmen dan ia terlibat dengan kes rasuah Zahid Hamidi.

Daripada penilaian kewangan, saya dapati keluar masuk akaun (duit) terlalu aktif, dengan jumlah agak besar. Merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat ini terbabit dalam perniagaan pertanian dan jualan kain.

Hasil siasatan juga mendapati tidak wujud aktiviti perniagaan itu (perniagaan kain) ketika penggeledahan dijalankan di premis (apartment) berkenaan. – Kata Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Zamri Abdul Rashid.

Setakat ini, Ahmad Zahid telah didakwa dengan 47 pertuduhan yang melibatkan kesalahan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah yang membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas