Connect with us

Oh! Media

Banjir Pahang Ragut Nyawa Pertama Selepas Bapa Lemas & Anak Masih Hilang

Oh! Tidak

Banjir Pahang Ragut Nyawa Pertama Selepas Bapa Lemas & Anak Masih Hilang

Bencana banjir yang melanda Pahang pada waktu ini telah meragut satu nyawa setakat ini selepas bapa kepada Ukai Iskandar iaitu Zulkarnainn Hitam telah dijumpai lemas malam semalam.

Operasi mencari Ukai yang juga merupakan penuntut Universiti Malaysia Pahang masih giat dijalankan selepas dipercayai hanyut di Kampung Gintong, Tebing Tinggi semalam.

Sepasukan pegawai dan anggota polis dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta orang kampung cuba mengesan mangsa dan anaknya yang dilaporkan hilang.

Dua daripada anaknya yang berusia 13 dan 15 tahun berjaya ditemui dalam keadaan selamat, manakala seorang lagi anak mangsa dikenali sebagai Ukai Iskandar berusia 23 tahun belum dapat dikesan.

Mayat Zulkarnain dihantar ke Hospital Jerantut bagi tujuan bedah siasat. – Kata Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan.

Berdasarkan maklumat yang diterima, empat beranak ini dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dengan meredah laluan yang ditenggelami banjir. Semoga mangsa ditemui dalam keadaan selamat hendaknya.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top