Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Bertengkar, Banduan Liwat Rakan Satu Sel Guna Botol Budu

Trending

Gara-Gara Bertengkar, Banduan Liwat Rakan Satu Sel Guna Botol Budu

Kadang-kadang kalau dah terlalu marah dengan seseorang, kita ada potensi untuk ambil tindakan luar kawalan. Samalah dengan kes seorang banduan di Penjara Pengkalan Chepa ni.

ADVERTISEMENT

Gara-gara bertengkar dengan rakan satu selnya, dia telah bertindak memasukkan botol budu ke dalam dubur mangsa. Kes tersebut dipercayai dilakukan pada bulan Disember lalu. Bagaimanapun selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin, tertuduh Mohd Nor Ashmadian Satar mengaku tidak bersalah.

Tertuduh telah didakwa melakukan perhubungan seksual kepada seorang lelaki dengan memasukkan botol plastik ke dalam dubur tanpa kerelaannya. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Pendakwaan tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman. Namun, tertuduh tidak diwakili oleh sebarang peguam. Memandangkan dia sedang menjalani hukuman penjara, tertuduh juga tidak diberikan sebarang jaminan oleh pihak mahkamah.

Menurut laporan, tertuduh menjalani hukuman penjara atas pelbagai jenis kesalahan termasuk kes dadah, samun, pukul dan menghalang tugas awam. Hm. lepasni bukan setakat sabun, dengan botol budu pun kena berhati-hati!

Kredit: Kosmo!

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas