Connect with us

Oh! Media

BAM Akan Teliti Surat Rayuan Dihantar Lee Zii Jia

lee zii jia

Oh! Tidak

BAM Akan Teliti Surat Rayuan Dihantar Lee Zii Jia

Konflik antara BAM dan pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia nampaknya masih belum dimuktamatkan lagi. BAM sebelum ini telah memutuskan untuk menggantung Zii Jia untuk menyertai sebarang perlawanan antarabangsa selama 2 tahun. Tapi itu bukanlah penamat buat pemain muda berkenaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Rakyat Malaysia Terkejut! Ini Sebab Mengapa Lee Zii Jia Keluar Dari BAM

Keputusan itu sudah tentu berat untuk Zii Jia. Bagaimanapun, BAM hari ini mengesahkan mereka telah menerima surat rayuan daripada pemain itu.

Perkara itu disahkan dalam satu kenyataan rasmi dan BAM akan meneliti perkara itu secepat munkin untuk mencari penyelesaian yang terbaik buat kedua-dua pihak.

Dalam sejarah badan induk kami, semua pemain mempunyai hak untuk merayu keputusan yang dibuat oleh Majlis dan BAM mengambil kira rayuan ini untuk bertindak sewajarnya.

Justeru, BAM juga mengesahkan bahawa kami telah menerima surat rayuan daripada Lee Zii Jia hari ini (Isnin). Sebagai pihak yang melindungi kepentingan badminton negara, kami sedang meneliti perkara itu dengan mencari penyelesaian terbaik.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas