Connect with us

Oh! Media

Balik Kampung Tapi Guna Kad Vaksinasi Palsu, Ini Tindakan Yang Akan Diambil Polis

Oh! Tidak

Balik Kampung Tapi Guna Kad Vaksinasi Palsu, Ini Tindakan Yang Akan Diambil Polis

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan kelonggaran bagi merentas negeri bermula 11 Oktober (Hari ini).

ADVERTISEMENT

BACA: Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok

Khabar gembira itu sudah semestinya merupakan saat yang dinantikan masyarakat selepas setiap hari melihat kemas kini sasaran vaksinasi dewasa yang hampir mencapai 90 peratus.

Bagaimanapun, kelonggaran itu hanyalah kepada individu yang sudah melengkapkan dos suntikan vaksin serta mereka disarankan untuk melakukan ujian kendiri sebelum memulakan perjalanan.

Polis ambil tindakan individu guna kad vaksinasi palsu

Namun, kelonggaran itu bukan bermakna kebebasan sepenuhnya kepada masyarakat. Mereka dinasihati agar tidak menggunakan kad vaksinasi palsu.

Hal itu dinyatakan oleh polis dan individu yang terlibat dalam perkara tersebut boleh diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawasan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan itu sekiranya ditahan.

Selain itu, pemantauan yang ketat juga akan dijalankan oleh pasukan pemantau bagi melakukan pemeriksaan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai.

Empat pasukan pemantau dan dua pasukan akan bertugas setiap hari untuk melakukan pemeriksaan di pasar raya, kedai makan dan hentian lebuh raya untuk memastikan mereka sudah lengkap dua divaksin.

Selain itu, kita akan tambah pasukan pemantau di peringkat balai dan kita ada sembilan balai di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan masing-masing akan tubuhkan pasukan pemantau.

SJR ditutup sepenuhnya

Sementara itu, Ahmad Shukri turut berkata bahawa tiga Sekatan Jalan Raya (SJR) iaitu Plaza Tol Setar Utara, Plaza Tol Alor Setar Selatan dan Plaza Tol Hutan Kampung ditutup sepenuhya malam tadi.

Seramai 240 anggota yang terbabit dalam penugas pasukan pemantau virus pandemik termasuk SJR akan pulang ke unit masing-masing.

Walaupun SJR dan penugasan itu sudah tamat namun tugas polis tidak terhenti di sini malah pemantauan akan berterusan termasuk pemeriksaan mengejut (snap check) akan dilakukan.

Tambahnya lagi, pihaknya menjangka akan berlaku penambahan pengguna jalan raya yang pulang ke kampung dan memasuki daerah Kota Setar termasuklah ke Langkawi melalui Kuala Kedah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas