Connect with us

Oh! Media

“Awak Dengan Mulut Jalang Fikir Boleh Tutup Dengan Tudung?” – Isteri Pelakon Nafi Fitnah, Tunjuk Bukti Badan Lebam

Trending

“Awak Dengan Mulut Jalang Fikir Boleh Tutup Dengan Tudung?” – Isteri Pelakon Nafi Fitnah, Tunjuk Bukti Badan Lebam

Baru-baru ini timbul dakwaan menyatakan pelakon lelaki, Afiq Muiz memukul isterinya, Pachara Apin sehingga patah jari.

ADVERTISEMENT

Afiq Muiz bagaimanapun menafikan dakwaan dan telah tampil membuat satu laporan polis untuk mempertahankan diri.

Adik Afiq Muiz iaitu pelakon Aishah Azman turut menafikan dakwaan abangnya seorang kaki pukul, sebaliknya dia mendakwa kakak iparnya kaki putar belit cerita sehingga menampakkan dia mangsa keadaan.

BACA: “Curang Dengan Suami, Minum Arak, Makan Bab*” – Aishah Azman Dakwa Kakak Ipar Putar Belit Cerita?

Tak berdiam diri, Pachara menerusi hantaran di media sosial memuat naik imej imbasan sinar x-ray menunjukkan jarinya patah. Dia juga memuat naik gambar menunjukkan perbezaan antara mata lebam dipukul dan alergik ubat.

Dakwa dipukul sejak 3 tahun lalu

Awak dengan mulut jalang awak fikir boleh tutup dengan tudung dan sokongan kawan-kawan sementara berlakon sepanjang hidup? Kalau nanti awak ada anak perempuan, dan menantu awak pukul anak perempuan awak teruk macam ni selama tiga tahun, mungkin masa tu awak akan terduduk dan fikir balik apa yang awak dan keluarga dah buat dekat saya.

Patch mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga dari awal perkahwinan lagi. Namun dia mendiamkan diri kerana mahu menjaga aib keluarga.

Kesan lebam di mata dan badan

Selain kesan lebam di badan, wanita ini turut memuat naik laporan polis yang dibuatnya untuk digunakan di mahkamah.

Di Instagram Story, wanita ini berkata dia langsung tak gentar dengan tuduhan yang dilemparkan suami serta adik beradiknya. Dakwanya, banyak lagi bukti yang dia ada namun dia akan menggunakan bahan itu ketika perbicaraan di mahkamah kelak.

Uish, yang mana satu betul ni? Kita tunggu jelah keputusan mahkamah nanti.

Kredit: Instagram | Facebook Pachara Emmanuel Apin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas