Connect with us

Oh! Media

‘Aunty’ Cuci 2 Rumah Sehari Hanya Diberi Upah RM 10 Raih Simpati Netizen

Trending

‘Aunty’ Cuci 2 Rumah Sehari Hanya Diberi Upah RM 10 Raih Simpati Netizen

Di musim pandemik ini, jumlah jangkitan yang semakin meningkat memaksa masyarakat untuk duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti harian.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sedekahkan Al-Fatihah Kalau Rindu” – Dua Beradik Kini Yatim Piatu, Ibu Bapa Meninggal Akibat Pandemik

Hal itu sedikit menyukarkan mereka bagi menampung pendapatan oleh kerana peluang pekerjaan yang terhad semasa musim pandemik yang kian melanda negara kita.

Jika bernasib baik, mereka hanya mampu melakukan sedikit pekerjaan walaupun tidak setimpal dengan tenaga yang disumbangkan serta bayaran yang tidak munasabah.

Walaubagaimanapun, demi sesuap nasi, terdapat golongan yang sanggup melakukan banyak pekerjaan demi menyara diri serta keluarga.

Cuci 2 rumah, dapat RM 10

Namun, terdapat sebuah kisah menyentuh hati apabila seorang warga emas wanita yang dibayar hanya RM 10 selepas mencuci 2 rumah.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @aisyahshahid yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi (CCO) bagi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menerusi hantaran itu, dia menyatakan bahawa pasukan sukarelawannya melihat seorang wanita yang dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum menyampaikan bantuan kepadanya.

Upah cuci rumah tidak berbaloi

Menurutnya, wanita warga emas itu telah dibayar sebanyak RM 10 bagi mencuci rumah selepas seharian suntuk seakan-akan tidak berbaloi buat dirinya.

Lebih mengejutkan, upah RM 10 itu bukan untuk satu rumah, malah buat dua rumah yang dicucinya. Perkara itu jelas mengejutkan ahli sukarelawan yang hadir memberikan bantuan.

Selain itu, wanita itu turut menunjukkan wang RM 10 yang diterimanya semasa berbual sementara mereka mengangkat kotak bantuan yang diberikan.

Hanya berbekal nasi dan garam

Lebih menyedihkan, wanita itu sempat menunjukkan bekal makanan yang dibawanya ke tempat kerja bagi mengalas perut setelah penat seharian.

Menerusi hantaran itu, dia telah menunjukkan bekal berisi nasi dan hanya ‘berlaukkan’ garam sebagai penambah rasa.

Nasi kanji campur garam je buat perasa. Telur pun tak ada. Jangan kata ayam, daging atau ikan.

Hantaran pada lama twitter milik @aisyahshahid

Umur bukan penghalang untuk bekerja

Menurut hantaran itu, wanita itu sangat ramah serta fasih dalam berbahasa melayu dan tetap mencari rezeki walaupun umur semakin lanjut.

Baginya, melakukan sesuatu pekerjaan bukanlah semata-mata ingin menjadi kaya, sebaliknya untuk dapat makan nasi sehari dua.

hantaran twitter @aisyahshahid

Walaupun wanita itu telah mendapatkan bantuan, namun mereka memohon agar lebih ramai rakyat atau para penyumbang memainkan peranan bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

Meninjau pada ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata netizen bersimpati terhadap nasib yang menimpa wanita itu selain turut tidak berpuas hati terhadap upah yang diterimanya.

komen pada hantaran @aisyahshahid
Komen pada gambar @aisyahshahid

Tawar bantuan khas

Selain itu, menerusi hantaran yang dipinkan pada laman Twitter tersebut, mereka juga sedia memberikan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan dan perlu mendaftar pada link yang disediakan.

Permohonan bantuan dari MyFundAction

Usaha yang dilakukan mereka sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban bagi golongan yang terkesan. Semoga mereka terus diberkati dalam meneruskan usaha baik tersebut.

Kredit: Twitter @aisyahshahid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas