Connect with us

Oh! Media

AS Rekod 3,000 Kematian Dalam 24 Jam Lepas Penduduk Keluar Sambut Hari Kesyukuran

Trending

AS Rekod 3,000 Kematian Dalam 24 Jam Lepas Penduduk Keluar Sambut Hari Kesyukuran

Hanya dalam 24 jam, Amerika Syarikat (AS) telah merekod lebih dari 3,000 kematian akibat Covid-19, kelmarin. Kalau korang nak tahu, ia merupakan angka tertinggi telah direkodkan sejak April lepas, menurut Universiti Johns Hopkins.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan, kes tersebut naik mendadak lepas penduduk negera tersebut keluar rentas negeri beramai-ramai untuk sambut Hari Kesyukuran. Walaupun dah diberi amaran oleh pihak berkuasa, tapi kebanyakan penduduk tak mengendahkan hal tersebut dan teruskan perjalanan mereka.

Setakat jam 8.30 kelmarin waktu tempatan, AS dah rekod 289,188 kematian akibat Covid-19. Jumlah tersebut telah meningkat sebanyak 3,071 kes dalam tempoh 24 jam. 33 juta orang kembali menjalani perintah berkurung pada minggu ini manakala bilangan pesakit di hospital juga terus catat rekod baru hingga mencecah 106,000 orang.

Memandangkan jumlah penularan wabak tersebut dah hampir tak terkawal, pihak berkuasa AS hanya mampu letak harapan pada vaksin sahaja untuk bantu mengurangkannya. Vaksin Pfizer-BioNTech dijangka dapat kelulusan kecemasan dalam beberapa hari lagi lepas pakar-pakar AS bermesyuarat semalam. Tapi dengarnya ada juga percubaan yang gagal lepas guna vaksin tersebut?

Apapun, harapnya berita ni sekurang-kurangnya dapat beri peringatan dekat masyarakat kita supaya lebih berhati-hati dan patuh pada SOP. Bukan apa, situasinya hampir sama bila dibenarkan untuk rentas negeri. Yang membezakan kita mungkin cara kita handle dan kawal diri kita bila dah keluar. Harapnya semua terus kekal menjaga penjarakan sosial, pakai mask serta rajin cuci tangan dan pakai sanitizer untuk cegah diri kita dari terkena wabak ini.

Kredit: Kosmo!

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas