Connect with us

Oh! Media

Arwah Cucu Datang Dalam Mimpi, Lambai Dan Senyum Pada Datuk

Oh! Tidak

Arwah Cucu Datang Dalam Mimpi, Lambai Dan Senyum Pada Datuk

Dua hari lepas penuh di dada akhbar laporan kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta dan dua lori di Kilometer 272.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, Simpang Pulai. Menurut laporan, dua lori tersebut telah bergesel sesama sendiri dan berhenti di laluan kecemasan.

Bagaimanapun, sebuah Perodua Axia telah melanggar lori tersebut dan meragut nyawa 3 kanak-kanak lelaki manakala seorang wanita cedera parah. Lebih mengayat hati, mereka bertiga merupakan adik-beradik. Kereta yang dipandu ibunya itu telah terbabas sendiri lalu melanggar dua treler yang berada di lorong kecemasan.

Selain dari bapanya, Muhammad Alhafis yang sedih kerana kehilangan tiga orang anak serentak, kemalangan ini turut beri kesan yang mendalam pada datuknya, Mohamad Ahad. Kata Mohamad, ketiga-tiga cucunya merupakan cucu yang sangat baik, comel dan manja. Bahkan, Mohamad paling rapat dengan cucunya yang kedua, arwah Muhammad Lutfi Hakim, 3 tahun kerana pernah tinggal bersamanya selama dua bulan sebelum diambil semula oleh ibunya.

Bahkan, mungkin kerana terlalu rindu, dia hinga terbawa-bawa dalam tidur apabila ketiga-tiga cucunya telah muncul dalam mimpi. Katanya, dia dan keluarga belum puas lagi bermanja dengan mereka, tapi apakan daya mereka dah dijemput Ilahi terlebih dahulu.

“Saya bermimpi bertemu ketiga-tiga cucu saya, mereka datang kepada saya, senyum, peluk saya dan akhirnya melambai kepada saya sebelum tersedar.”

“Cucu kedua saya itu rapat dengan saya dan sudah pasti keriuhan dan kepetahan dan percakapannya ketika tinggal bersama saya akan jadi kenangan buat saya selamanya.” – katanya.

Menurut Mohamad juga, dia masih teringat lagi apa yang diucap oleh Muhammad Lutfi sewaktu berada di rumahnya Selasa lalu. Kata Mohamad, cucunya itu bersungguh mengajaknya untuk bersarapan bersama. Bila disuruh minta pada neneknya, arwah Lutfi berkeras tetap ingin makan bersama datuknya selain menyatakan yang dia ingin pergi jauh.

“Apabila saya menyuruhnya meminta dengan nenek, dia terus berkata mahu minum bersama saya kerana hendak jalan jauh. Dia kata – saya mahu minum dengan atok, saya nak jalan jauh… jalan jauh tok.” – cerita Mohamad.

Selain dari arwah Lutfi, dua lagi abang dan adiknya Allahyarham Muhammad Adam Hakimi, 7 tahun dan Muhammad Affan Hafiy, 1 tahun. Mereka bertiga telahpun dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, Batu Berendam semalam.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top