Connect with us

Oh! Media

Ini Perkembangan Terkini Kes Inspektor Polis Rogol Remaja Di IPD

Trending

Ini Perkembangan Terkini Kes Inspektor Polis Rogol Remaja Di IPD

Sebelum ini kami ada melaporkan yang seorang remaja berusia 16 tahun telah dirogol seorang pegawai polis di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Astro Awani, pegawai polis yan berpangka Inspektor itu mengaku tidak bersalah atas 4 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap remaja berkenaan di pejabatnya dalam kejadian 28 Disember lepas.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid di Mahkamah Sesyen Sungai Petani dan tertuduh, Inspektor Mohd Maliki Azmi telah membuat pengakuan itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Dia juga turut didakwa atas tiga pertuduhan berasingan mengikut Akta Seksual Kanak-kanak kerana melakukan amang seksual terhadap mangsa sama.

Kejadian tersebut berlaku pada Rabu jam 6.30 petang ketika mangsa dipanggil bagi membantu siasatan selepas membuat laporan polis bahawa dia dirogol bapa tirinya sebelum ini.

Ketika di pejabat, Inspektor yang juga merupakan pegawai penyiasat kes itu memberitahu dia mahu melakukan pemeriksaan pada kemaluan mangsa.

Dia kemudiannya memegang kemaluan mangsa dan memintanya baring atas katil di bilik tersebut dalam keadaan bogel sebelum memberi alasan alat yang digunakan untuk memeriksa tidak berfungsi dengan baik.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas