Connect with us

Oh! Media

APMM Rampas 100kg Daun Ketum Terapung Di Laut

Oh! Tidak

APMM Rampas 100kg Daun Ketum Terapung Di Laut

Awal Pagi Tadi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah berjaya merampas 110 kilogram (kg) daun ketum yang terapung di laut pada kedudukan 1.3 batu nautika dari muara Kuala Kuar.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, cubaan menyeludup keluar lapan guni daun ketum itu berjaya dipatahkan lebih kurang jam 2.15 pagi hasil risikan maklumat dan intipan aktiviti penyeludupan di perairan negeri ini.

Beliau berkata, hasil tinjauan di lokasi sekitar titik panas, bungkusan guni disyaki mengandungi daun ketum terbabit ditemui terapung di laut dan dipercayai menunggu masa yang sesuai untuk diambil sebelum diseludup ke sempadan.

“Modus operandi penyeludupan keluar daun ketum ke negara jiran yang dilakukan adalah sama seperti tangkapan sebelum ini iaitu menggunakan bot fiber tanpa nombor pendaftaran menuju ke sempadan Thailand dan dipindahkan ke bot-bot nelayan Thailand.

“Susulan itu, kita merampas daun ketum seberat 110 kg dengan anggaran nilai RM19,800 dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya.

Menurut beliau, perkara ini seperti dirancang oleh penyeludup dan akan berusaha mengesan dalang utama sindiket ini bagi memastikan aktiviti penyeludupan daun ketum dapat dilumpuhkan.

Dalam perkembangan sama, Noor Azreyanti memaklumkan rampasan daun ketum berkenaan adalah rampasan keenam membabitkan daun ketum pada tahun ini.

Katanya, aduan awam mengenai sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut dialu-alukan dan boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Kredit : SinarHarian

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu menarik dan yang pasti terkini

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top