Connect with us

Oh! Media

Aplikasi MySejahtera Dah Tak Relevan?

Trending

Aplikasi MySejahtera Dah Tak Relevan?

Aplikasi MySejahtera yang dah menjadi rutin setiap kami daftar masuk (check-in) ke sesuatu premis dikatakan sudah tidak lagi relevan setelah negara kita kini dalam fasa peralihan ke endemik.

ADVERTISEMENT

BACA : KJ Sahkan Kontak Rapat Lengkap Dos Penggalak Tidak Perlu Kuarantin

Menurut laporan Harian Metro, MySejahtera dibuat adalah dengan tujuan mengesan kontak rapat bagi memudahkan ujian saringan dibuat dan perkara ini dikatakan sendiri Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun.

Setelah kerajaan mengumumkan kontak rapat, kuarantin dan ujian saringan tidak perlu dilaporkan lagi, adakah ianya masih lagi relevan?

Apabila kita sudah mula beralih ke fasa peralihan ke endemik, MySejahtera semakin tidak diguna pakai, malah dari segi penguatkuasaan di premis pula sudah tidak terlalu ketat.

Selain itu, rata-rata rakyat Malaysia sudah lengkap dua dos vaksin dan pada pendapat saya sudah tiba masanya kerajaan memanfaatkan aplikasi ini untuk objektif lain.

Pakar tersebut juga mencadangkan bahawa aplikasi ini mungkin boleh ditambahbaik dengan adanya fungsi rekod kesihatan peribadi dengan memasukkan input kesihatan pemiliknya termasuk sejarah penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

Perkara itu juga membolehkan pihak klinik dan hospital mengimbas semula sejarah pesakit. Apa pandangan korang?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.   

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas