Connect with us

Oh! Media

Anwar Tak Duduk Diam! Dakwa Menghadap Agong Persembahkan Penyokong Sebagai PM Minggu Depan

Oh! Negara

Anwar Tak Duduk Diam! Dakwa Menghadap Agong Persembahkan Penyokong Sebagai PM Minggu Depan

Kami ingatkan isu ni dah selesai selepas melihat apa yang terjadi kepada Sabah kerana masih ingin bermain politik pada waktu yang sukar ni. Rupa-rupanya tidak, ini selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa yang beliau akan menghadap Ydp Agong minggu hadapan.

ADVERTISEMENT

Anwar juga memaklumkan tarikh 13 Oktober untuk beliau persembahkan senarai ahli parlimen yang akan menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya,Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.

Oleh itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Tuanku memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober ini, Insya-Allah. 

Pada majlis mengadap itu, saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini. – Katanya.

Bagaimanapun, Anwar turut meminta penyokongnya untuk bertenang dan tidak berkumpul. Jika ingin menyokong, berdoalah dari rumah atau tempat kerja masing-masing katanya.

Apa agaknya yang akan berlaku lepas ni? Mengapa mereka masih nak berebut kuasa pada waktu rakyat sedang berlawang dengan wabak Covid-19? Adakah ini masa yang sesuai?

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas