Connect with us

Oh! Media

‘Anonymous’ Sudah Mula Menyerang Laman Web Kerajaan

Trending

‘Anonymous’ Sudah Mula Menyerang Laman Web Kerajaan

Tengah malam tadi, Anonymous Malaysia dikatakan sudah pun mula menggerakkan serangan siber keatas laman web kerajaan selepas ugutan kedua diberi kepada kerajaan pada minggu lepas. 

ADVERTISEMENT

BACA: Kes Kecurian Data Meningkat, ‘Anonymous’ Bagi Amaran Kepada Kerajaan Malaysia Jika Tidak…

Seperti yang kita tahu pada minggu lepas kumpulan ‘Anonymous Malaysia’ telah kembali muncul untuk menghantui laman web dan aset dalam talian selepas hampir lima tahun mereka mendiamkan diri.

Kumpulan itu juga telah memuat naik satu video pesanan berdurasi 2.29 minit yang dikongsikan di laman sosial Facebook ‘Anonymous Malaysia’ sebagai tanda mereka sudah kembali.

Menerusi mesej yang disampaikan didalam video itu, ‘Anonymous Malaysia’ telah berjanji untuk mengadakan serangan siber kepada laman web kerajaan dan juga serangan kepada aset-aset diatas talian. Serangan itu juga digelarkan sebagai #OpsWakeUp21 

Mereka juga telah memuat naik status di laman Facebook Anonymous Malaysia, yang mengatakan bahawa mereka sudah mula menyerang beberapa portal kerajaan sejak malam tadi.

Antara yang menjadi sasaran kumpulan dikenali ‘cyberpunk’ itu termasuklah portal Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, termasuklah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Perbandaran Selayang.

Dengar kata, walaupun satu sistem saja yang diserang pun sudah cukup untuk menderita apatah lagi lebih pada satu.

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas