Connect with us

Oh! Media

Anjur Wang Kutu Dengan Untung Lipat Kali Ganda? Penjual Nasi Lemak Didenda RM50k

wang kutu

Trending

Anjur Wang Kutu Dengan Untung Lipat Kali Ganda? Penjual Nasi Lemak Didenda RM50k

Korang pernah main duit kutu dengan siapa-siapa tak? Sekarang ni kalau nak main duit kutu dengan siapa-siapa kena pastikan orang yang kita sama-sama simpan duit tu boleh dipercayai. Tapi sekarang ada bank yang dah sediakan tempat untuk kita simpan duit setiap bulan dan kita boleh pilih satu tarikh untuk kita keluarkan duit tu.

ADVERTISEMENT

Cara menyimpan duit dalam bank ni lebih selamat dan kuranglah resiko dari ditipu macam kejadian yang berlaku dekat Butterworth ni.

Memetik laporan Berita Harian, seorang penjual nasi lemak telah didenda sebanyak RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menganjurkan kumpulan wang kutu dengan menawarkan keuntungan berlipat kali ganda pada tahun 2018.

Sebanyak lima orang mangsa telah menyertai anjuran wanita terbabit di Facebook mulai Januari hingga Ogos 2018. Apa yang menjadi kesalahan adalah apabila permainan kutu yang dianjurkan bukanlah menggunakan kaedah traditional tetapi menawarkan pula pulangan berlipat kali ganda dengan syarat perlu mencari ahli seramai mungkin. Ini dah macam MLM lah pula, kah!

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman denda RM50,000 dan jika gagal bayar tertuduh akan dipenjara setahun. Tertuduh kemudian memilih untuk membayar denda.

Kesalahan menganjurkan simpanan wang yang mengelirukan seperti ini boleh disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta28) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas