Connect with us

Oh! Media

Anggota Polis Wanita Menari Tik Tok Akan Disiasat

Trending

Anggota Polis Wanita Menari Tik Tok Akan Disiasat

Aplikasi yang sangat popular sekarang adalah Tik Tok dan menjadi kebiasaan semua yang dilakukan mereka ini akan dikongsikan pula ke Facebook, Twitter dan Instagram untuk menarik perhatian pengikut kita. Tapi lain pula yang akan terjadi kalau korang bekerja dalam badan beruniform.

ADVERTISEMENT

Ohmedia katakan ini bila seorang anggota polis wanita dari Kontinjen Kelantan dikatakan bakal dikenakan tindakan tatatertib selepas menaikkan video yang menunjukkan aksi tarian menggunakan aplikasi Tik Tok ketika sedang bertugas dan memakai uniform lengkap.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, video yang menunjukkan anggotanya yang tersebar di media sosial itu menjejaskan imej jabatan dan kod etika Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saya memandang serius perlakuan seorang anggota polis yang membuat video yang mempamerkan aksi seperti tarian menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform polis.

Arahan Ketua Polis Negara sangat jelas bahawa terdapat larangan pegawai kanan dan pegawai rendah memuat naik serta perkongsian peribadi semasa memakai uniform di platform media sosial. – Tegasnya.

Siasatan ke atas video yang tersebar juga telah dibuat dan tindakan tatatertib boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Jadi, tak semua benda kita boleh kongsikan secara terbuka di media sosial. Perlu melihat aturan yang telah ditetapkan, lagi-lagi bila ia melibatkan sesebuah organisasi. Semoga ini menjadi pengajaran kepada penjawat awam lain.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas