Connect with us

Oh! Media

Anggota Polis Cedera Parah, Terjatuh Ke Dalam Longkang Ketika Kejar Suspek

Polis

Trending

Anggota Polis Cedera Parah, Terjatuh Ke Dalam Longkang Ketika Kejar Suspek

Seorang anggota polis diseret hampir 20 meter sebelum terjatuh ke dalam longkang ketika mengejar seorang lelaki. Kejadian yang berlaku di Penaga, Kepala Batas pada awal pagi semalam membuatkan polis yang berpangkat Koperal itu cedera parah. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : MPV Terbabas Di Langgar Myvi, Dua Anggota Polis Cedera

Menurut laporan Harian Metro, anggota polis berkenaan sedang membuat pemantauan di kawasan berkenaan sebelum ternampak seorang lelaki sedang menunggang motosikal dalam keadaan yang sangat mencurigakan.

Disebabkan itu, anggota berkenaan mengarahkan lelaki itu supaya memberhentikan motosikalnya untuk membuat pemeriksaan di tepi jalan. 

Walaubagaimanapun, lelaki berkenaan terus memecut laju sekaligus memaksa anggota berkenaan untuk mengejarnya dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

Apabila tiba di satu simpang, motosikal suspek berlanggar dengan motosikal anggota polis berusia 30 tahun yang ketika itu berada di sebelah kanan. Ia menyebabkan anggota itu terseret hampir 20 meter sebelum terjatuh ke dalam longkang.

Anggota berkenaan mengalami cedera parah apabila patah bahu kanan dan luka pada badan. Suspek juga turut mengalami calar pada badan.

Suspek yang pada awalnya dapat melarikan diri selepas anggota berkenaan ke dalam longkang kemudiannya berjaya ditahan. Hasil siasatan mendapati bahawa lelaki berkenaan cuma tidak mempunyai lesen memandu dan tidak membawa apa-apa barangan terlarang pun.

Bukan tu jer, ujian saringan air kencing juga didapati negatif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas