Connect with us

Oh! Media

“Anda Yang Minta, Anda Dapat”, YB Ketari Letak Jawatan?

Trending

“Anda Yang Minta, Anda Dapat”, YB Ketari Letak Jawatan?

Baru semalam kecoh tentang tweet permohonan maaf dari ADUN Ketari, Young Syefura Othman selepas dikatakan melanggar SOP PKPB. Hari ni, YB buat tweet panas lagi?

ADVERTISEMENT

BACA : “Bosanlah, YB! Kantoi Salah, Minta Maaf, Mohon Disiasat. Lepas Tu Habuk Pun Tarak.” – Netizen

Waktu YB dihentam teruk oleh netizen menerusi tweet permohonan maafnya, ada segelintir netizen yang suruh YB Syefura untuk letak jawatan. Yelah, sebab dulu YB sendiri ada mencadangkan menteri lain untuk letak jawatan kerana langgar SOP. Bila sekarang YB pula yang langgar, secara tak langsung cadangan tu pun terkena pada YB balik lah kan?

Jadi, bila YB Syefura kata ada pengumuman yang ingin dibuat dalam masa terdekat, rata-rata netizen membuat andaian ia adalah pengumuman untuk resign. Tambah-tambah pula, tweet seterusnya seolah-olah mengiyakan perkara tersebut.

“Anda yang minta, anda dapat.” – YB Young Syefura Othman

Tapi sekarang, dah ada pula netizen yang kata tak perlulah YB sampai nak resign. Cukuplah sekadar akui kesilapan dan dikenakan tindakan seperti rakyat biasa yang lain. Alahai netizen, mana satu yang korang nak sebenarnya?

Apa-apa pun, kita nantikan sahaja lah pengumuman dari YB Syefura. Beliau pun dah pergi IPD Sepang untuk beri keterangan malam tadi. Moga apa juga keputusan yang dibuat, adalah keputusan yang terbaik dan tidak dibuat secara terburu-buru.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas