Connect with us

Oh! Media

“Anda Akan Menyesal” – Amaran Terakhir Ketua Yakuza Kepada Hakim Mahkamah

yakuza

Trending

“Anda Akan Menyesal” – Amaran Terakhir Ketua Yakuza Kepada Hakim Mahkamah

Kebiasaan filem-filem aksi dari negara Jepun, pasti akan menunjukkan ketua kongsi gelap yang paling digeruni adalah dari kumpulan Yakuza. Gelaran itu sememang wujud di negara itu apabila ketua Yakuza dilaporkan telah dijatuhkan hukuman mati oleh hakim mahkamah tempatan Jepun.

ADVERTISEMENT

BACA: Sambut Hari Bapa, Geng Kongsi Gelap Dicekup Langgar SOP

Satoru Nomura, 74 tahun adalah ketua Yakuza “Kudo-kai” di barat daya Jepun. Dia dijatuhkan hukuman itu atas pertuduhan menyebabkan kematian tiga orang awam. Satoru bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan mengeluarkan arahan membunuh tiga orang awam terbabit.

Saya meminta keputusan yang adil. anda akan menyesal seumur hidup. – Katanya sebaik sahaja hukuman dihatuhkan.

Satoru merasakan ia tidak adil kerana pihak mahkamah tetap membuat keputusan dia bersalah walaupun tidak cukup bukti untuk mengaitkan dirinya. Selain Satoru, orang kuat Yakuza, Fumio Tanoue turut dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Berdasarkan laporan ABC, Satoru didapati bersalah kerana memberi arahan untuk membunuh seorang ketua koperasi nelayan pada tahun 1998. Pada tahun 2013 dan 2014 juga telah berlaku satu serangan hingga membunuh seorang individu dan jururawat melibatkan dirinya.

Seorang anggota polis juga dilaporkan hampir terbunuh ketika sedang menyiasat kegiatan haram mereka yang juga di bawah arahan Satoru.

Kredit: VOI

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas