Connect with us

Oh! Media

‘Saya Bukan Tak Sayang Mama Tapi..’ – Anak Usahawan Kosmetik Dakwa Teraniaya, Dipukul Sejak Kecil

Trending

‘Saya Bukan Tak Sayang Mama Tapi..’ – Anak Usahawan Kosmetik Dakwa Teraniaya, Dipukul Sejak Kecil

Berang dengan status Whatsapp yang dibuat anak, usahawan kosmetik terkenal dari Kelantan didakwa telah memukul remaja berkenaan sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian kepala dan beberapa anggota badan lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Akibat Tak Puas Hati Status WhatsApp, Usahawan Kosmetik Didakwa Pukul Anak Ditahan

Menerusi perkongsian di Facebook, remaja berusia 16 tahun itu membuka mulut mendakwa menjadi mangsa pukul ibu dan bapa tiri sejak kecil. Dakwanya lagi, sebagai seorang anak yang teraniaya, dia hanyalah ingin menuntut keadilan.

Menceritakan dengan lebih lanjut, remaja ini berkata dia dipukul ketika suaminya keluar menghantar barang kepada pelanggan (COD). Selain dipukul, dia juga menerima beberapa ugutan seperti bercerai dengan suami jika selangkah keluar dari rumah.

Katanya lagi, dia bukanlah tidak sayang kepada ibu kandungnya itu tetapi hanya mahu memberi pengajaran.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas