×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Anak Terkilan Tak Dapat Pulang Pada Hari Kematian Bapa, Ramadan Tahun Ini Terasa Kosong

Oh! Tidak

Anak Terkilan Tak Dapat Pulang Pada Hari Kematian Bapa, Ramadan Tahun Ini Terasa Kosong

Setiap tahun, masyarakat yang beragama islam di serata dunia akan menyambut bulan ramadhan yang merupakan hari yang mulia dan mereka berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Salah satu kebaikan terbaik yang kita boleh lakukan adalah membahagiakan ibu bapa kita.

Akan tetapi, ramadan tahun ini tidak akan sama seperti sebelumnya. Inilah yang terjadi kepada seorang ibu tunggal yang tidak dapat pulang ke rumahnya di Tawau, Sabah untuk menghadiri pengebumian ayahnya disebabkan pelbagai halangan.

Memetik laporan mStar, wanita yang dikenali sebagai Nur Byzuraq Hashim, 32, berasa sebak apabila tidak dapat pulang ke rumah ekoran ketiadaan tiket pesawat semasa mengetahui tentang kematian bapanya pada 15 Januari yang lalu. Lebih memeritkan, dia sudah lama tidak bertemu dengan ayahnya.

Zuera sekeluarga terkilan tidak dapat bertemu dengan ayahnya oleh sebab ketiadaan tiket pesawat

Kami sebenarnya dah janji nak nak pergi ambil ayah selepas perintah kawalan pergerakkan (PKP) tamat, tetapi tidak kesampaian.

Ayah meninggal dunia dua hari sebelum hari jadinya yang ke 69.

Nur Byzuraq atau mesra disapa Zuera, yang menetap di Selangor dan bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi mengakui berasa terkilan tidak dapat pulang ke Sabah semasa hari kematian bapanya oleh sebab ketiadaan tiket pesawat.

Pada hari itu, Ayah sempat masak, dia bersiap-siap untuk solat jumaat. Tiba-tiba dia pengsan dan meninggal dunia. Saya mengetahui perkara ini setelah dihubungi oleh keluarga di sana. Nak balik sebenarnya tetapi tiket tak ada.

Kali terakhir saya berjumpa dengan ayah adalah pada tahun 2019. Dah lama tak balik, dengan kerja, anak-anak lagi, banyak kekangan. menyesal sangat, tapi nak buat macam mana.

Sekarang tak boleh jumpa, tak boleh peluk ayah. Kalau dah boleh rentas negeri, saya nak melawat kubur ayah. sekurang-kurangnya boleh mengaji di situ.

Zuera juga menyifatkan bahawa ramadhan tahun ini tidak akan sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya oleh sebab ketiadaan seorang manusia yang dicintai dalam keluarga. Dia juga menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang penyayang dan tidak pernah memukul anak-anaknya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

ADVERTISEMENT

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top