Connect with us

Oh! Media

Anak Sanggup Bunuh Ayah Sendiri Atas Alasan Tak Masuk Akal

Trending

Anak Sanggup Bunuh Ayah Sendiri Atas Alasan Tak Masuk Akal

Makin banyak pula berita yang kita dengar melibatkan pembunuhan antara keluarga sendiri dengan alasan yang sepatutnya tak berakhir dengan membunuh.

ADVERTISEMENT

Pagi tadi, seorang anak dilaporkan sanggup menikam bapanya sendiri hingga mati hanya kerana ditegur leka bermain telefon.

Kejadian di Simpang Pertang, Jelebu Negeri Sembilan itu berlaku pada jam 9.30 pagi tadi dan suspek telahpun berjaya ditangkap 20 minit selepas pihak polis menerima laporan.

Mangsa 59 tahun mati ditikam di bahagian depan dan belakang badan. Sewaktu kejadian, mangsa tinggal berdua bersama anak kerana ibu mangsa yang merupakan nenek kepada suspek keluar ke rumah saudara.

Siasatan awal, ibu mangsa sebelum itu keluar berjumpa saudaranya berhampiran rumah dan tinggal mangsa bersama suspek sebelum berlaku pertengkaran.

Mangsa dipercayai memukul belakang suspek dengan kerusi plastik sebelum suspek menikam mangsa dengan pisau. – Kata Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin.

Berdasarkan info yang dikongsikan jiran mangsa, bapa dan anak ini memang selalu bertengkar tetapi tak sangka pula ia akan berakhir dengan membunuh.

Jauhkanlah kejadian macam ni dari keluarga atau orang terdekat yang kita kenal. Takut betul bila emosi tak dapat dikawal, tindakan juga jadi tak terkawal.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas