Connect with us

Oh! Media

Anak Ditahan Selepas Tikam Ibu Dengan Keris

tikam ibu

Trending

Anak Ditahan Selepas Tikam Ibu Dengan Keris

Sedihnya bila dengar berita seorang anak sanggup membunuh ibu dan ayah mereka sendiri. Kal ini seorang warga emas pula telah cedera selepas ditikam anak lelakinya dengan keris.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu berlaku di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Arau, Perlis dan punca kejadian hanyalah kerana salah faham. Suspek berusia 31 tahun itu menikam ibunya yang berusia 60 tahun selepas bertengkar membabitkan hal dalaman keluarga.

Apabila perselisihan faham itu mencapai kemuncaknya suspek yang berang dengan ibunya kemudian bertindak mencapai senjata keris yang dijadikan hiasan dalam rumah sebelum menikam di bahagian belakang rusuk kiri mangsa.

Selepas ditikam, mangsa rebah berlumuran darah di perkarangan rumah dan jiran yang menyaksikan kejadian berkenaan bertindak menghubungi polis.

Polis turut merampas keris berukuran 30 sentimeter dan hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau . Suspek turut tidak pernah terlibat dalam mana-mana pergaduhan mahupun memukul orang lain.

Suspek adalah anak keempat daripada lima adik beradik serta belum berkahwin dan kita masih menyiasat punca sebenar perselisihan faham yang membawa kepada kejadian berkenaan.

Suspek kini ditahan di IPD Arau dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atau kesalahan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata tajam.

Ibu suspek kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan Alhamdulillah berada dalam keadaan stabil.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas