Connect with us

Oh! Media

Ambil Masa 30 Minit Untuk Pujuk Remaja Perempuan Kemurungan Turun Ke Bawah

kemurungan

Trending

Ambil Masa 30 Minit Untuk Pujuk Remaja Perempuan Kemurungan Turun Ke Bawah

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang remaja perempuan yang cuba untuk terjun dari tingkat lima sebuah pusat beli belah di Seksyen 7, Shah Alam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, dipercayai punca remaja perempuan itu cuba untuk membunuh diri kerana mempunyai masalah kesihatan dan kemurungan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam berjaya menyelamatkannya selepas memujuk dalam tempoh 30 minit.

terjun

Tindakan itu berkemungkinan kerana mangsa mempunyai masalah kesihatan dan kemurungan.

Bagaimanapun, remaja perempuan itu  mendakwa hanya mahu menenangkan fikiran dan bukannya membunuh diri. Lapor Utusan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberikan sokongan moral kepada remaja berkenaan.

Semoga adik ni kuat… dan hidup kembali ceria. – Netizen.

Masalah kemurungan remaja, saya anak saudara yang kemurungan, kami semua bantu dia, jumpa doktor pakar. Alhamdulillah, dia pulih. – Tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Jika ada ahli keluarga atau orang disekeliling kita hadapi masalah seperti ini, dekatilah mereka dan bawa mereka untuk berubat.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas