Connect with us

Oh! Media

Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Beli Rumah, Kereta Untuk Ibu Bapa

Oh! Tidak

Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Beli Rumah, Kereta Untuk Ibu Bapa

Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.

ADVERTISEMENT

Insiden itu disahkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi satu ciapan di Twitter.

BACA: “Pemergian Yang Dicemburui” – Rakan Dedah ‘Mesej-Mesej’ Terakhir Kapten Affendi

Terbaru, Harian Metro melaporkan, Kapten Mohamad Affendi Bustamy merupakan seorang anak yang cukup bertanggungjawab kepada keluarganya.

Allahyarham berusaha memastikan ibu bapanya mendapat kehidupan selesa. Pada tahun 2017, allahyarham telah membelikan sebuah rumah manakala sebuah Proton Saga pada 2019.

Ibu, Razilah Daud berkata sebagai anak sulung, allahyarham hanya mahu ibu bapanya berehat di rumah. Dia juga tidak pernah lupa mengirimkan wang untuk keluarga setiap bulan.

Sebelum berpindah ke rumah ini, kami menyewa di rumah di Felda Keratong 5 manakala suami bekerja sebagai buruh untuk menanggung keluarga.

Tambah ibu, allahyarham memang akan memaklumkan dan memohon restu sebelum menduduki atau menyertai ujian tertentu. Dia tahu anaknya itu sedang menjalani tugasan penting.

Katanya, dia akan mengikuti satu ujian yang sangat susah sebelum ia selesai pada Isnin ini dan selepas itu, rutin hariannya akan jadi lebih mudah.

Ahli keluarga yang dikenali sebagai Tam pula berkata, allahyarham Mohamad Affendi berusaha sebaik mungkin untuk cemerlang dalam pendidikan kerana mahu mengubah nasib keluarga.

Selepas tamat tingkatan tiga di Muadzam Shah, Mohamad Affendi menyertai Maktab Tentera Diraja (MTD) sebelum menyambung pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas