Connect with us

Oh! Media

Al-Quran Dikoyak Dan Diletak Najis, Individu Khianat Surau Diburu

Oh! Tidak

Al-Quran Dikoyak Dan Diletak Najis, Individu Khianat Surau Diburu

Surau atau masjid merupakan tempat beribadat yang khusus untuk orang islam bagi melakukan kegiatan tersendiri seperti solat serta i’tikaf.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Jemaah Wanita Dicabul Seorang Lelaki Di Surau

Selain itu, ia juga digunakan sebagai pusat kegiatan umat islam setempat bagi merapatkan hubungan silaturahim serta mengembangkan dakwah islamiah.

Namun, terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan mencemarkan kesucian tempat ibadat tersebut.

Surau dikhianat

Menerusi hantaran di laman Facebook milik Surau Taman Setia Bakti, mereka telah memuat naik beberapa buah gambar memaparkan perbuatan khianat pada tempat ibadat berkenaan.

Perkara itu termasuklah beberapa buah Al-Quran dikoyak dan dibuang keluar serta beberapa sejadah turut dilempar berselerak di atas tanah.

Paling mengejutkan, terdapat juga perkara yang tidak senonoh apabila ditemui najis pada surau berkenaan termasuklah pada tempat imam serta di atas muka surat Al-Quran yang dikoyak.

Pemilik laman Facebook tersebut turut menzahirkan rasa kesal dan sedih apabila perkara sedemikian berlaku sekaligus mencemari kesucian tempat berkenaan.

Sedih berasa hari ini, surau kita kena khianat.

Buang najis dekat tempat tok imam, Al-Quran dikoyak dan di buang. Akhir zaman Ya Allah.

Suspek diburu pihak berkuasa

Walaubagaimanapun, menerusi hantaran yang lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah hadir ke lokasi kejadian bagi membantu dalam memburu suspek.

Menurut laporan Al-Hijrah, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitenden Baharudin Abdullah berkata, paip air di lokasi kejadian juga sengaja dibiarkan terbuka dan pihak polis masih menyiasat perbuatan khianat yang lain.

Tambahnya lagi, pengadu turut menyatakan bahawa surau tersebut telah ditutup pada malam selepas selesai menunaikan solat isyak dan mendapati tiada sesiapa yang berada di situ.

Pengadu merupakan orang pertama yang hadir untuk melaungkan azan subuh dan mendapati surau berkenaan tidak berkunci.

Katanya lagi, suspek telah menceroboh tempat ibadat itu melalui pintu utama dan telah melakukan perbuatan khianat.

Walaubagaimanapun, Baharudin turut berkata bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat dan Sesyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Kredit: Facebook Surau Taman Setia Bakti

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top