Connect with us

Oh! Media

“Aku Sendiri Gelak Sampai Terguling” – Muka Harris Annuar Bengkak Teruk Disengat Tebuan

Trending

“Aku Sendiri Gelak Sampai Terguling” – Muka Harris Annuar Bengkak Teruk Disengat Tebuan

Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017, Harris Annuar mencuri tumpuan pengguna Instagram apabila memuat naik keadaan muka yang bengkak teruk gara-gara disengat tebuan tanah.

ADVERTISEMENT

BACA: Harris Annuar Buat Laporan Polis, Diugut Santau Oleh Individu Tak Dikenali

Menceritakan pengalaman itu, Harris berkata, kejadian berlaku ketika dia bangun pagi untuk mandi. Selesai mencuci muka, dia mengambil tuala untuk lap namun tidak menyedari ada seekor tebuan hinggap di situ.

Sedang elok dia menekap tuala di muka, tebuan terus menyengatnya. Walaupun sedang menahan sakit, selebriti media sosial ini tetap ceria seperti biasa. Harris dalam gelak tawa menjelaskan itu bukanlah ‘filter’ semata-mata.

Dalam laporan portal Remaja, dia menjelaskan sekarang dia berada di stage 2 menyebabkan tekanan darahnya menjadi rendah.

Harris perlu ditahan di wad untuk menjalani rawatan susulan kerana doktor hendak monitor jantung. Doktor juga ada cakap tadi, kalau Harris lambat bertindak, sengat ini boleh membawa maut.

Harris yang kini berada di wad berharap orang ramai dapat mendoakannya semoga cepat pulih.

Kredit: Instagram Harris Annuar | Remaja

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas