Connect with us

Oh! Media

Akibat Picit Jerawat, Wajah Wanita Bertukar Menjadi…

Oh! Tidak

Akibat Picit Jerawat, Wajah Wanita Bertukar Menjadi…


Siapa sangka perbuatan memicit jerawat akhirnya telah menyebabkan wajah seorang wanita di Filipina yang dahulunya cantik, sekarang telah menjadi hodoh. Lebih malangnya, Mary Ann Regacho, 17, dari Nueva Ecija, sudah tidak boleh melihat apabila dia kini menjadi buta.

Ceritanya bermula apabila dia memicit jerawat di muka, selepas itu ia dikatakan telah membengkak dan menjadi semakin teruk, sejak tahun lepas.

Menurut sumber, pada awalnya dia menyangka bengkak di mukanya adalah disebabkan perubahan hormon selepas dia melahirkan bayi lelaki, sewaktu berumur 16 tahun.

Bengkak di muka Mary itu juga dikatakan sudah kelihatan seperti belon yang mahu meletup. Benjol itu sudah hampir menutupi wajah dan turut mempengaruhi penglihatannya kerana ia merebak ke kawasan mata. Ibu muda itu juga berusaha menyembuhkan jangkitan itu dengan ubat herba, tetapi gagal.

Pada mulanya, saya rasa itu jerawat biasa, tetapi sakitnya sehingga tidak dapat tidur malam.

Saya cuba semua benda untuk mengubatinya, tetapi gagal. Sekarang, wajah saya tidak sama lagi. – Katanya.

Suaminya, yang mengambil upah bekerja sambilan di ladang jiran tidak mampu mendapatkannya rawatan kerana dia tiada pendapatan tetap.

Dia yang sudah hampir setahun menahan sakit, pergi ke hospital untuk pemeriksaan. Tetapi, hospital itu tiada peralatan mendiagnosis penyakit misteri itu sehingga Mary dipindahkan ke hospital besar.

Kerana sukar membayar bil perubatan, suaminya yang bimbang kini meminta bantuan orang ramai.

Berat sungguh penderitaan yang ditanggung oleh Mary. Semoga Mary dapat kembali semula seperti dulu.

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top