Connect with us

Oh! Media

Akibat Hina TMJ Di Media Sosial, Seorang Lelaki Ditahan Pihak Polis

Oh! Tidak

Akibat Hina TMJ Di Media Sosial, Seorang Lelaki Ditahan Pihak Polis

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang merupakan pembantu gerai buah apabila telah memuat naik sebuah video yang menyatakan kenyataan yang kurang sopan dan jelik sehingga menghina Tuanku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim di Instagram miliknya.

ADVERTISEMENT

Perbuatan itu seolah-olah memakan dirinya sendiri apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Amirul Naito di platform media sosialnya telah ditahan pihak polis semalam pada pukul 9.30 di rumahnya yang terletak di Ayer Hitam, Batu Pahat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini, lelaki terbabit ditahan susulan daripada 10 laporan polis diterima berhubung video yang tular di laman sosial Facebook dan Instagram sejak semalam.

Banyak yang sudah viralkan hantaran menerusi laman Instagram seorang individu bernama Amirul Naito dan terdapat sebanyak 12 hantaran dibuat individu tersebut.

10 laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama selepas dia dikesan menggunakan perkataan yang jelik dan menghina.

Tambahnya lagi, individu tersebut juga mempunyai rekod jenayah sebelum ini apabila pernah ditangkap dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat.

Bukan itu sahaja, semakan turut mendapati suspek pernah dikenakan hukuman pada tahun 2017 dan 2020 atas kesalahan yang sama.

Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top